[VIDEO] Tanah mendap, lima kenderaan rosak

SERI KEMBANGAN - [DIKEMAS KINI] Sebanyak lima kenderaan yang diletakkan di tepi Jalan LP 1A/2 Lestari Perdana, Bandar Putra Permai di sini rosak selepas tanah mendap berlaku di kawasan itu pada Selasa.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 6.38 petang.
"Seramai enam anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba Serdang bergegas ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba, kita mendapati berlaku mendapan berhampiran longkang sehingga mengakibatkan lima kenderaan pelbagai jenis mengalami kerosakan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Norazam berkata, dilaporkan tiada mangsa terlibat dalam insiden itu.
"Kita sedang menjalankan pemantauan di lokasi kejadian," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Jerebu: Umat Islam diseru adakan solat hajat serentak di seluruh negara
14 Oktober 2026 10:05pmNajib sudah terima dokumen perintah tahanan rumah, mekanisme dirahsiakan - Peguam
14 Oktober 2026 09:48pmBekas pengarah pusat pendidikan IPTA didakwa esok
14 Oktober 2026 07:12pmGempar pesawat bawa ratusan penumpang 'terhempas'
14 Oktober 2026 02:07pmTiga remaja direnjat elektrik, bendera perarakan terkena kabel pencawang voltan tinggi
14 Oktober 2026 12:20amPenjual buah maut, gerai dirempuh lori balak
14 Oktober 2026 02:35pm- Iklan -- Iklan -
